MENGENAI ALONG TOPUP


Selamat datang ke blog ALONG TOPUP.


Jika anda berada disini, Along percaya pasti anda hanya punya satu sebab! Iaitu ingin memulakan PERNIAGAAN TOPUP anda. Maka dengan ini tak perlu laa Along membebel panjang, terangkan itu ini satu per satu, perkara yang mana Along percaya anda sudah tahu akan segala kemungkinan dan keuntungan yg boleh anda peroleh! Kalau Along tulis pun, bukan anda baca pun kan? Semua asas perniagaan topup adalah SAMA!!

SIAPA ALONG?


ALONG TOPUP merupakan anak buah kepada bisnes ALONG GADGET yang telah didaftarkan di bawah syarikat A&A Mobile. Ini adalah laman web peribadi ALONG TOPUP untuk tujuan promosi, tidak ada kena mengena dengan laman web syarikat. Sekiranya anda ingin mencari gadget, bolehlah klik page ini ya :)

KENAPA PERLU MENDAFTAR?


Sekiranya anda tidak berminat utk berniaga sekalipun, tidak salah jika anda daftarkan diri anda satu akaun hanya untuk KEPENTINGAN SENDIRI dan seisi keluarga. Bayangkan setiap bulan berapa kali anda harus keluar ke kedai hanya utk membeli SEKEPING TOPUP. Anda rasa berbaloi kah? Dengan minyak yang anda gunakan. Masa yang anda bazirkan. Tambah pula, ada kedai yang ambil keuntungan lebih dengan menjual topup RM10 dengan harga RM10.50. Ishhh ishhh ishhh. Sesungguhnya anda tergolong dalam manusia yang RUGI



Bagaimana pula sekiranya anda terdesak? Memerlukan topup pada saat genting? Memerlukan topup di LUAR WAKTU URUSAN PERNIAGAAN? Berada di perkampungan? Kawasan pedalaman? Berbaloikah anda menghidupkan enjin kereta pergi ke 7-eleven terdekat hanya untuk sekeping topup? Lebih-lebih lagi jika anda seorang perempuan. Selamatkah anda di luar sana pada waktu sebegitu??


Pernahkah anda dapat SMS daripada servis telco anda, "Topup RM30 percuma RM5". Pernah? Tahukah anda sekiranya anda berdaftar dengan ALONG TOPUP, anda mampu mendapat 'REWARD' sehingga RM5 bagi setiap RM100 topup anda. Tidak perlu tunggu promosi telco anda! Promosi ini adalah SELAMA-LAMANYA!!


Percayalah, golongan PENUNTUT IPTA/IPTS adalah yang paling mempunyai peluang KEUNTUNGAN YANG BESAR selepas golongan peniaga runcit! Bayangkan rakan anda ingin topup untuk kegunaan broadband sebanyak RM50. Itu baru seorang! Belum campur lagi kawan-kawan anda yang kuat 'bergayut' tiap malam tu. Untung kan? Kikiki.

KENAPA DAFTAR DENGAN ALONG TOPUP


Anda mesti selalu baca promosi-promosi lain sebelum ni. Pakej berbeza-beza. Ada yang tinggi, rendah, Manager lah, Retail lah, Assistant lah, daftar downline lah. Buat pening kepala anda je semua tuh. Dengan Along, Along hanya sediakan 2 PELAN SAHAJA. Tak perlu pening-pening fikir semua pelan bagai. Pelan yang Along sediakan adalah yang TERENDAH DI PASARAN. Anda tak percaya? Bandingkan sendiri! Perkhidmatan server Along juga menjanjikan yang TERPANTAS, dengan waktu operasi selama 24 JAM!! Tunggu! Ada lagi! Perkhidmatan NOTISIFIKASI SMS bagi setiap transaksi turut disediakan!!


Eh Along ni, kenapa pelan macam murah sangat? Macam tipu jeh, macam tipu jeh. Astaghfirullahalazhim, niat Along hanya nak tolong. Terpulang lah nak percaya atau tidak. Kalau Along nak menipu, baik Along menipu jual handfon jeh. Cepat kaya. Jadi? Apa tunggu lagi? Mari jadi kroni Along. Kita sama-sama menjana pendapatan sampingan dalam masa yang sama banteras penjualan topup 'riba' oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

YURAN PENDAFTARAN TERENDAH DENGAN KEUNTUNGAN TERTINGGI!


1 comment: